Wilayah Ibu Negara Australia Lulus Undang-Undang Perkahwinan Sejenis - Dunia | mStar

Wilayah Ibu Negara Australia Lulus Undang-Undang Perkahwinan Sejenis

CANBERRA: Wilayah Ibu Negara Australia kini menjadi wilayah pertama yang menghalalkan perkahwinan sejenis.

Parlimen wilayah berkenaan pada Selasa telah meluluskan rang undang-undang yang kini membenarkan pasangan gay atau lesbian berkahwin secara sah.

Oleh yang demikian, pasangan sejenis yang ingin berkahwin secara sah di sisi undang-undang boleh berbuat demikian di ibu negara Australia itu tidak kira di mana mereka bermastautin.

Buat masa ini negeri-negeri lain di Australia tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis sebagai satu ikatan yang sah di sisi perundangan.

Begitu pun undang-undang di peringkat persekutuan, dengan jelas menyatakan bahawa satu perkahwinan itu adalah ikatan persetujuan untuk hidup bersama di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan.

Kerajaan Persekutuan Australia yang kini diketuai oleh parti konservatif dijangka akan mencabar sebarang usaha untuk menghalalkan perkahwinan sejenis di peringkat nasional.

Keputusan untuk meluluskan perkahwinan sejenis di peringkat legislatif Wilayah Ibu Negara Australia itu disokong oleh anggota perwakilan Parti Buruh dan Hijau tetapi ditentang keras oleh perwakilan-perwakilan Parti Liberal.

Sementara itu Peguam Negara, George Brandis berkata, undang-undang yang baru diluluskan itu akan berhadapan dengan cabaran yang besar kerana ia bertentangan dengan Akta Perkahwinan Persekutuan.

"Ini kerana undang-undang baru itu pada akhirnya akan memberi tekanan besar kepada individu yang berkahwin di bawah akta baru berkenaan dan kemudian mendapati di peringkat persekutuan, perkahwinan mereka sebenarnya tidak sah," katanya menerusi satu kenyataan sebagai respon kepada apa yang berlaku di dewan undangan Wilayah Ibu Negara itu.

Untuk rekod, Perdana Menteri, Tony Abbott yang mengetuai gabungan Parti Liberal-Nasional adalah penentang perkahwinan sejenis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain