suria

Serangan Pengebom Berani Mati: 12 Terbunuh di Somalia

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya 12 orang terkorban selepas seorang pengebom berani mati menyerang sebuah restoran di tengah bandar Beledweyne, dipercayai dilakukan oleh anggota kumpulan rangkaian al-Qaeda iaitu Shebab. "Ramai pengunjung berada di dalam restoran ketika kejadian berlaku, 12 terkorban, ada antara mereka merupakan tentera dan orang awam," kata saksi kejadian Mohamed Islow Ali selepas dihubungi AFP.

Tentera dari negara Habsyah, Djibouti dan Somalia berada dalam restoran tersebut yang merupakan destinasi popular di kalangan anggota tentera sebelum serangan berlaku. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain