suria

Ekonomi Thailand Rugi Antara 10-15 Bilion Baht Akibat Banjir

BANGKOK: Banjir yang melanda Thailand selama sebulan kini dianggarkan menyebabkan kerugian dari segi ekonomi antara 10 dan 15 bilion baht.

Banjir itu juga akan mengurangkan kira-kira 0.05 mata peratusan daripada pertumbuhan ekonomi negara itu.

Jumlah kerugian boleh menjadi lebih besar lagi jika bencana itu menjejaskan kawasan perindustrian Thailand.

"Banjir tidak melanda kawasan perindustrian atau pembuatan, tetapi hanya pintu masuk ke beberapa kawasan-kawasan itu.

"Kebanyakannya menjejaskan kawasan tanaman dan hartanah," kata Thanavath Phonvichai Pengarah Pusat Ekonomi dan Unjuran Perniagaan Dewan Perniagaan Thai pada sidang akhbar di sini Khamis.

Banjir berterusan di Thailand, dengan ibu negaranya, Bangkok mengalami hujan lebat dari semalam berikutan ribut tropika Nari yang menyebabkan banjir kilat di jalan raya sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Sementara itu, sejak 17 Sept hingga kini, angka kematian akibat banjir di negara ini berjumlah 68.

Sebanyak 46 wilayah daripada 77 wilayah Thailand mengalami banjir dengan 5.78 peratus atau 3.72 juta penduduk terjejas, sejumlah 569,000 hektar kawasan tanaman pertanian juga terlibat dengan industri akuakultur menyaksikan 39,428 kolam ikan dan udang rosak. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain