suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

15 Korban Terbaru Letupan Bom Di Utara Iraq

MOSUL: Sekali lagi letupan bom oleh pembunuh berani mati telah meragut 15 nyawa di Utara Iraq.

Letupan itu memusnahkan beberapa buah rumah di perkampungan Al-Muwaffaqiyah, milik kumpulan etnik minoriti Shabak yang berjumlah 30,000 orang.

Etnik minoriti ini kebanyakkannya mendiami kawasan bersempadan dengan Turki.

Bulan lalu, satu lagi letupan bom juga disasarkan kepada minoriti Shabak ini dekat Mosul, telah mengorbankan 26 orang dan mencederakan 46 yang lain.

Keganasan di Iraq telah capai ke satu tahap yang tidak pernah disaksikan sejak 2008, apabila negara itu berada di dalam konflik perbezaan anutan fahaman yang sangat luas.

Kini perbalahan antara kerajaan yang diketuai oleh sebahagian besarnya penganut fahaman Syiah dengan kumpulan penganut fahaman Sunni telah menjejaskan ekonomi dan hubungan sosial di antara masyarakat di Iraq.

Bulan ini sahaja, sudah 330 nyawa terkorban akibat keganasan ekoran daripada perbezaan fahaman mazhab ini dan sejak Januari tahun ini angka kematian telah mencecah 5,000 orang, demikian menurut laporan agensi berita AFP.

Manakala satu kajian yang dijalankan oleh para penyelidik universiti di Amerika Syarikat, Kanada dan Baghdad sendiri mendapati, hampir setengah juta orang telah mati terbunuh di Iraq sejak tentera Amerika memasuki negara itu pada tahun 2003 untuk menggulingkan Presiden Saddam Hussein.

Artikel Lain