suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagi Kes H7N9 Disahkan Di China

BEIJING: Satu lagi kes baharu selesema burung H7N9 disahkan di Wilayah Zhejiang di timur China apabila seorang lelaki diuji positif virus H7N9, kata pihak berkuasa tempatan pada Selasa.

Pesakit berusia 35 tahun itu dengan nama keluarga Liu dimasukkan ke hospital perbandaran pada 8 Okt dan mendapat rawatan lanjut di hospital daerah Shaoxing selepas keadaannya dilaporkan kritikal, lapor agensi berita Xinhua.

Liu diuji positif virus H7N9 di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Wilayah Zhejiang, menurut jabatan kesihatan daerah.

Tanah besar China melaporkan sejumlah 134 kes selesema burung H7N9 sehingga Ogos termasuk 45 kematian, kata Suruhanjaya Kesihatan dan Perancang Keluarga Kebangsaan.

Tiada kes baharu selesema burung dilaporkan bulan lepas.

Kes pertama jangkitan manusia dengan virus H7N9 dilaporkan di China pada Mac lepas. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain