suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Serangan Bom: Seorang Maut Di Timur Myanmar

YANGON: Seorang maut dalam tiga serangan bom terbaharu di timur Myanmar pada Khamis.

"Berlaku tiga serangan bom. Kami masih menyiasat insiden itu," kata jurucakap polis.

Mangsa yang maut itu adalah seorang pekerja majlis perbandaran di Namkham, timur Shan dekat sempadan China.

Wilayah itu sering dikejutkan dengan insiden pertempuran di antara anggota keselamatan dan pemberontak kaum minoriti.

Negara Barat turut memberi amaran kepada rakyatnya supaya lebih berhati-hati ketika berada di Myanmar susulan insiden letupan yang membabitkan sebuah hotel mewah, Traders Hotel di Yangon yang mencederakan seorang warga Amerika.

Amerika Syarikat mengutuk keras serangan itu dan menggesa kerajaan Myanmar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dalang pengeboman tersebut.

Artikel Lain