suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Model Dari Singapura Ditemui Mati Dibunuh Di Pakistan

Fehmina. -foto The Straits Times/ANN
Fehmina. -foto The Straits Times/ANN
Fehmina. -foto The Straits Times/ANN

ISLAMABAD: Super model Pakistan, Fehmina Chaudhry yang datang dari Singapura baru-baru ini, ditemui mati dalam parit di kawasan Bara Kahu, di sini, pada hari Isnin.

Model berusia 27 tahun dan ratu cantik itu dilaporkan hilang Khamis lalu semasa melawat Islamabad untuk membeli harta, kata polis.

ASP Yasir Afridi berkata mayat seorang wanita telah dikenal pasti sebagai Fehmina Chaudhry yang juga ibu kepada dua anak dan merupakan seorang model yang berjaya di Singapura dengan pelbagai anugerah dan kepujian diberikan kepada beliau.

Fehmina, model yang berpangkalan di Singapura berasal dari Pakistan, bandar pelabuhan Karachi, telah menetap di Singapura dan ingin membuka sebuah sekolah fesyen di Pakistan.

Pegawai polis memberitahu bahawa tertuduh Muaz Waqar yang juga broker hartanah telah dikesan dengan bantuan rekod telefon dan semasa penyiasatan mengaku telah membunuh model berkenaan dan membuang mayatnya dalam parit di pinggir bandar.

Selepas pengakuan oleh tertuduh, polis membawanya ke tempat kejadian dan menemui mayat Fehmina.

Promoter beliau di Pakistan, Asif Hashmi mengesahkan kematian Chaudhry dan berkata beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

"Beliau adalah seorang dermawan yang berdedikasi dan telah merancang untuk menubuhkan sebuah sekolah fesyen di Pakistan," kata Hashmi sambil menambah bahawa beliau telah memenangi beberapa pertandingan berkaitan kecantikan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain