suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jakarta Laksana Percubaan Peraturan Waktu Wajib Belajar Malam Oktober Ini

JAKARTA: Pentadbiran Jakarta akan melaksanakan secara percubaan peraturan waktu wajib belajar malam di rumah dari pukul 7 malam hingga 9 malam, bagi semua pelajar sekolah mulai Oktober ini.

Peraturan itu mewajibkan semua pelajar sekolah untuk belajar di rumah dalam tempoh waktu itu dengan pengawasan ibu bapa dan pemimpin masyarakat setempat.

Gabenor Jakarta, Joko Widodo yang lebih akrab dengan nama Jokowi berkata percubaan selama tiga bulan itu akan melibatkan pelajar sekolah di dua kawasan penempatan terpilih dan Jabatan Pelajaran Jakarta sedang menyiapkan persediaan teknik bagi pelaksanaannya.

Setelah tamat tempoh percubaan selama tiga bulan, peraturan itu akan dinilai semula dan diperbaiki kelemahan-kelemahannya sebelum ia dilaksanakan di seluruh Jakarta nanti, katanya di sini, pada Selasa.

Jokowi berkata perkara itu sudah diseleraskan dengan Ketua Jabatan Pendidikan Jakarta dan para datuk bandar wilayah-wilayah Jakarta mengenai penerapan peraturan waktu wajib belajar malam di rumah untuk semua pelajar sekolah itu.

Jokowi berkata pihaknya belum menetapkan bentuk hukuman yang akan dikenakan kepada pelajar yang didapati melanggar peraturan itu.

Bagaimanapun beliau menjangka keputusan mengenai penetapan hukuman itu akan dimuktamadkan selepas pelaksanaan secara percubaan selesai. - BERNAMA

Artikel Lain