suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Britain Keempat Disahkan Korban Serangan Pusat Beli-Belah

LONDON: Rakyat Britain keempat disahkan terbunuh dalam serangan di sebuah pusat beli-belah Nairobi oleh kumpulan militan Somalia, menurut Pejabat Luar di London pada Isnin.

"Kita boleh mengesahkan bahawa salah seorang daripada mangsa disahkan sebagai rakyat Britain keempat," kata jurucakap memberitahu AFP.

Dua rakyat Britain lain dan dua lagi warganegara British-Australia telah pun disahkan di kalangan mereka yang terbunuh dalam serangan kejam di pusat beli-belah Westgate, yang setakat ini didakwa mengorbankan 69 nyawa.

Perdana Menteri, David Cameron pada Isnin dijadualkan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tindakan kecemasan COBRA Britain terhadap krisis di ibu negara Kenya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain