suria

Britain Mahu Larang Merokok Di Penjara

LONDON: Britain pada Jumaat berkata, ia sedang merancang untuk melaksanakan larangan merokok di penjara, walaupun bimbang terhadap reaksi daripada banduan yang mendakwa bahawa rokok merupakan salah satu perkara yang membahagiakan bagi kehidupan di sebalik tirai besi.

Merokok dilarang di kawasan komunal di penjara Britain pada 2007, sebagai sebahagian daripada larangan merokok di tempat-tempat awam.

Menurut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), bagaimanapun banduan masih dibenarkan untuk merokok di sel mereka dan 80 peratus banduan mengikutinya di England dan Wales.

Pada masa ini, menteri-menteri sedang memikirkan untuk mengadakan larangan merokok untuk kesemuanya berikutan kebimbangan terhadap kesan kesihatan di kalangan banduan dan pegawai penjara sama ada yang merokok atau tidak merokok.

"Kami sedang mempertimbangkan larangan merokok di seluruh banduan," kata seorang jurucakap bagi Kementerian Keadilan yang mengesahkan perkara itu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

18 Maut Kuari Runtuh Di Somalia

Artikel Lain