suria

69 Terkorban, 63 Hilang Serangan Pusat Beli-Belah Di Kenya - Palang Merah

NAIROBI: Sekurang-kurangnya 69 orang disahkan terbunuh dan 63 lagi direkodkan hilang dalam pengepungan berterusan terhadap pusat beli-belah Nairobi, menurut Palang Merah Kenya, Isnin.

63 yang dicatatkan hilang dianggap termasuk tebusan yang masih ditahan oleh militan yang melawan tentera Kenya di dalam kompleks, serta kemungkinan mereka yang terbunuh dalam kepungan yang sudah berlarutan selama tiga hari itu.

Ketika pencerobohan memasuki hari ketiga, tembakan meletus pada waktu subuh dan berlangsung selama 15 minit dan tentera di sekitar pusat beli-belah mengelak dan mencari tempat perlindungan.

Militan Shebab Somalia pada Isnin mengancam untuk membunuh tebusan mereka jika tentera Kenya bergerak untuk menamatkan kepungan mereka.

Menteri di Kenya berkata sehingga Isnin "beberapa" tebusan kekal di dalam pusat beli-belah, tetapi tidak akan memberi angka yang tepat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain