suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hosni Mubarak Dikena Perintah Tahanan Di Rumah

Hosni Mubarak
Hosni Mubarak
Hosni Mubarak

KAHERAH: Kerajaan Mesir mengarahkan bekas Presiden, Hosni Mubarak dikenakan perintah tahanan di rumah selepas dibebaskan dari penjara di mana beliau menghabiskan hukuman selama dua tahun.

Perdana Menteri, Hazem el-Beblawi dalam satu kenyataannya pada Rabu memerintahkan Mubarak ditahan di rumah sebagai sebahagian tindakan kecemasan untuk bulan ini.

Pegawai penjara berkata, Mubarak mungkin dibebaskan awal iaitu pada Khamis.

Perintah pembebasan Mubarak dikeluarkan selepas peguamnya membuat rayuan terhadap kes rasuah yang dihadapinya.

Bekas presiden berusia 85 tahun yang digulingkan itu masih berdepan dengan beberapa lagi tuduhan di mahkamah.

Keputusan untuk mengenakan tahanan di rumah itu dibuat kerana bimbang pembebasannya akan meningkatkan lagi konflik yang sedang berlaku di Mesir berikutan Presiden Mohamad Morsi digulingkan tentera, 3 Julai lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain