suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

17 Terkorban Keganasan Terbaru di Iraq

TIKRIT (Iraq): Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dalam kejadian tembak menembak dan letupan bom di ibu negara Iraq pada Khamis, kata pegawai tempatan.

Serangan itu adalah yang terbaru dalam gelombang keganasan di bulan Ramadan, dengan lebih 800 orang terkorban di seluruh negara bulan ini.

Militan mensasarkan kedai makan di mana rakyat Iraq berkumpul selepas berbuka puasa dan menunaikan solat Tarawih sepanjang Ramadan.

Serangan dasyat itu melanda Tikrit, utara Baghdad, di mana militan bersenjata menembak mati seorang anggota polis dengan senjata automatik.

Sejurus kemudian, satu bom kereta meletup, membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 35.

Berdekatan Dhuluiyah, utara Bahgdad, letupan bom meragut tiga nyawa anggota polis, manakala satu bom yang diletakkan di sebuah bas membunuh seorang rakyat tempatan dan mencederakan dua yang lain. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain