suria

8 Maut Letupan Pangsapuri di Argentina

BUENOS AIRES: Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan 63 lagi mengalami kecederaan apabila letupan gas meranapkan pangsapuri tinggi di bandar Rosario serta menyebabkan sebahagian besar penduduk di kawasan terbabit terpaksa dipindahkan awal pagi Rabu.

Berpuluh orang terperangkap di bahagian atas bangunan terbabit yang terbakar apabula asap tebal kelihatan di bandar ketiga terbesar negara berkenaan.

Bahagian depan dan belakang musnah serta mendedahkan bahagian dalam pangsapuri terbabit.

Anggota bomba dan penyelamat bertindak pantas menyelamatkan penduduk dari tingkap dan anjung apabila bahagian bawah bangunan berkenaan terbakar.

Letupan terbabit turut memusnahkan bangunan lain di sekitar dan polis mengarahkan bangunan serta sekolah berdekatan supaya ditutup.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain