suria

Imam Besar Masjid Jamek Pattani Dibunuh

PATTANI: Usaha mencari keamanan di selatan Thai menerima satu lagi tamparan selepas pemimpin agama berpengaruh, Yakub Raimani iaitu Imam Besar Masjid Jamek Pattani, dibunuh pada Isnin.

Beliau maut di tempat kejadian selepas terkena dua das tembakan di kepala ketika membeli makanan berbuka puasa di pasar Ramadan di pekan Pattani kira-kira 4.30 petang waktu tempatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Pattani Kolonel Polis Tuandir Jutanon ini adalah kali kedua Yakub ditembak.

Dalam kejadian pertama pada 2011 yang berlaku di hadapan rumah, mangsa hampir maut, katanya.

Imam Yakub antara pemimpin agama yang memberi kerjasama baik kepada kerajaan Thailand dalam usaha menyelesaikan konflik di wilayah selatan negara itu. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain