suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aceh Digegar Gempa Bumi 5.0 Pada Skala Richter

JAKARTA: Gempa bumi dengan kekuatan 5.0 pada skala Richter menggegarkan wilayah Aceh dan sekitarnya pada pukul 12.15 tengah hari Rabu, namun disahkan tiada kemungkinan berlaku tsunami.

Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), pusat gempa berada di 47 km ke Barat Daya daerah Aceh Singkil, dan 77 km ke Barat Laut Tapanuli Tengah, Sumatera Utara.

"Pusat gempa berada di laut (dekat pantai), dengna kedalaman 12 km. Gempa dirasakan cukup kuat selama dua saat," kata Ketua Pusat Data Maklumat dan Perhubungan Awam BNPB Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan di sini.

Kejadian gempa itu, katanya, telah menyebabkan penduduk kawasan terbabit bertempiaran keluar rumah untuk menyelamatkan diri namun kembali semula tidak lama selepas itu.

Belum ada laporan mengenai kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa dalam kejadian itu dan Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Aceh Singkil masih melakukan pemantauan di tempat kejadian. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain