suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Korea Utara Mahu Panama Bebaskan Krew, Kapal Kargo

PYONGYANG: Kementerian Luar Korea Utara pada Khamis memberitahu Panama sepatutnya membebaskan anak kapal yang ditahan termasuk dengan kargo mengandungi komponen membuat peluru berpandu kerana tiada dadah atau kargo larangan di dalam kapal berkenaan.

Jurucakap kementerian itu yang dipetik agensi berita rasmi, Korean Central News Agency, berkata pihak berkuasa Panama bertindak melancarkan serangan dan menahan kapten dan anak kapal yang kononnya membawa dadah tetapi apabila digeledah tiada barang terlarang di dalamnya.

Hanya komponen misil lama dijumpai di dalam kapal terbabit.

Semalam, Korea Utara berkata, kargo di dalam kapal berkenaan adalah komponen senjata lama yang dihantar balik ke Cuba selepas dibaik pulih menerusi kontrak yang dibenarkan.

Korea Utara mahu pihak berkuasa Panama membebaskan anak kapal serta membenarkan pelayaran semula kapal berkenaan tanpa berlengah lagi. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain