suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kuwait Bertindak Tegas Bagi Pengeluaran Lesen Memandu Ekspatriat

KUWAIT CITY: Kuwait mula membatalkan lesen memandu pelajar asing yang sudah menamatkan pengajian dan suri rumah yang bekerja, bagi memperketatkan peraturan tegas untuk golongan ekspatriat, lapor sebuah akhbar harian pada Jumaat yang dipetik sebagai berkata.

“Jabatan trafik telah mula membatalkan lesen memandu golongan ini, kata pembantu setiausaha rendah kementerian dalam negeri untuk hal ehwal trafik, Mejar Jeneral Abdulfattah al-Ali kepada akhbar Al-Anbaa.

Ali berkata, pendekatan itu diambil kerana jabatan tersebut mendapati ekspatriat yang diberikan lesen itu apabila mereka bergelar pelajar dan kini mula bekerja, begitu juga dengan mereka yang menjadi suri rumah “di mana jumlah itu cenderung kepada aktiviti pemalsuan”.

Beliau menjangkakan sebanyak 10,000 lesen memandu akan dibatalkan.

Sejak hampir sedekad, Kuwait mengenakan peraturan ketat dengan 2.6 juta expatriat yang layak untuk memandu.

Kebanyakan warga asing memerlukan untuk memiliki ijazah universiti, yang mempunyai pendapatan 400 dinar (AS$1,400) sebulan dan menetap secara sah di emirah untuk sekurang-kurangnya dua tahun sebelum boleh memandu secara sah.

Golongan pelajar dan suri rumah yang mempunyai anak merupakan antara mereka yang dikecualikan daripada peraturan itu, berserta dengan jurutera, hakim, peguam dan wartawan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain