suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tidak Cukup Bukti Dakwa Bekas Ketua Kesihatan EU Atas Rasuah

VALETTA, Malta: Polis Malta berkata, tiada bukti yang cukup untuk mendakwa bekas Pesuruhjaya Kesihatan Eropah atas skandal rasuah yang memaksa beliau meletakkan jawatan pada tahun lepas.

John Dalli, bekas ahli perniagaan Malta, meletakkan jawatan pada Oktober lalu selepas pegawai anti-penipuan Kesatuan Eropah (EU) mendapati beliau dalam cubaan untuk terlibat dalam rasuah melibatkan perundangan baru bagi produk tembakau Sweden yang dikenali sebagai snus.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Ketua Polis Malta, Peter Paul Zammit memberitahu para pemberita pada Isnin bahawa terdapat perbezaan antara keputusan peringkat pentadbiran EU dan penyiasatan jenayah, di mana katanya, ia memerlukan lebih banyak bukti untuk mendakwa seseorang atas kesalahan jenayah. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain