suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

12 Terbunuh Bas Jatuh Gaung Di Filipina

LA TRINIDAD: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh selepas sebuah bas yang membawa penyokong parti politik tempatan terhumban ke dalam sebuah gaung di pergunungan utara Filipina.

Mangsa merupakan penyokong Datuk Bandar Buguias, Melchor Diclas dan mereka dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis meraikan kemenangan yang dianjurkannya yang mengekalkan kedudukannya pada pilihan raya bulan lalu.

Pasukan penyelamat menemukan 10 mayat di bawah gaung sedalam 80 meter dan dua lagi disahkan maut sejurus tiba di hospital.

Tujuh lagi penumpang dirawat kerana cedera, kata jurucakap polis tempatan, Vicente Lim-Mong. AFP

Artikel Lain