suria

12 Maut Puting Beliung Landa Oklahoma, Missouri

Penduduk tempatan melihat keadaan kediamannya yang musnah di El Reno, Oklahoma, Amerika Syarikat, pada Ahad selepas puting beliung melanda kawasan berkenaan dan meragut 12 nyawa setakat ini. - Foto AFP

CHICAGO: Angka korban puting beliung yang melanda Oklahoma dan negeri jirannya kini meningkat kepada 12 orang, iaitu dua minggu selepas puting beliung kuat melanda kawasan sama.

Pejabat Pemeriksa Perubatan Oklahoma mengumumkan sembilan orang maut manakala pihak berkuasa Missouri melaporkan tiga nyawa terkorban selepas kawasan berkenaan dilanda ribut petir dan banjir kilat.

Pegawai berkata, puting beliung yang melanda lewat kelmarin berdekatan Oklahoma City turut mencederakan puluhan penduduk.

Laman web akhbar The Oklahoman melaporkan, sekurang-kurangnya 87 orang kini menerima rawatan di hospital.

Laporan itu menyebut, puting beliung yang melanda Oklahoma City berkekuatan angin sehingga 145 kilometer sejam dengan turut membawa hujan lebat. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain