suria

10 Maut, Ribuan Dipindahkan Banjir Landa Eropah

PRAGUE: Ribuan terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing manakala sekurang-kurangnya 10 maut selepas banjir melanda Eropah sejak semalam, termasuk ibu negara Republik Czech, Prague.

Kedai dan sekolah ditutup manakala jalan raya dan sistem kereta api terjejas di Republik Czech, Austria dan Jerman berikutan hujan lebat.

Banjir menyebabkan keadaan panik di Zoo Prague apabila lebih 1,000 haiwan terpaksa dipindahkan ke kawasan lebih tingi selepas paras air Sungai Vltava melimpahi tebing sejak Ahad.

Pasukan penyelamat Czech terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa dan dipercayai lebih ramai terbunuh manakala bekalan elektrik kepada lebih 10,000 kediaman terputus.

Kerajaan Czech mengisytiharkan darurat kecemasan di seluruh negara sejam Isnin dan mengerahkan lebih 2,000 anggota tentera membantu kerja menyelamat lebih 8,000 penduduk yang terperangkap. AFP

Artikel Lain