suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Terkorban Taufan Kencang Melanda Bandar Oklahoma

OKLAHOMA CITY: Taufan kencang dan puting beliung yang mengganas mengancam Bandar Oklahoma dan telah melanda pinggir bandar Moore pada Jumaat, membunuh seorang ibu dan anaknya, dan kebimbangan kini terhadap pemandu yang terperangkap di lebuhraya.

Ibu dan bayi telah terkorban semasa dalam perjalanan ke Interstate 40, di barat Bandar Oklahoma, apabila kenderaan mereka telah dihentam ribut, kata jurucakap Peronda Lebuh Raya Oklahoma, Betsy Randolph.

Kawasan itu telah ditutup kerana ribut yang telah mengakibatkan banyak kemalangan dan kecederaan.

Sekurang-kurangnya 40 hingga 50 orang sedang dirawat kerana kecederaan yang dialami akibat ribut, termasuk lima pesakit dalam keadaan kritikal yang ada di kalangannya adalah kanak-kanak, menurut sistem hospital Health Integris.

Perkhidmatan kaji cuaca pada satu ketika mengisytiharkan kawasan kecemasan puting beliung di kawasan metropolitan Bandar Oklahoma termasuk Moore, dan ribut puting beliung dikesan di pinggir bandar barat Yukon.

Angin puting beliung melanda ​​Interstate 40 dan dilaporkan menuju Bandar Oklahoma.

Artikel Lain