suria

Jualan Hartanah Meningkat Di Beijing

BEIJING: Sejumlah 13,000 rumah baharu dijual di Beijing dan yang berdaftar dalam talian pada Mei meningkat 18 peratus daripada April, demikian menurut firma pembrokeran hartanah, Century 21st.

Jualan rumah pramilik meningkat 12.8 peratus berbanding April, kata firma itu dalam satu laporan.

"Urus niaga hartanah jelas sekali meningkat sejak separuh kedua Mei disebabkan permintaan kukuh bagi pembelian kegunaan sendiri," akhbar China Daily memetik penganalisis Century 21st, Zhang Lei sebagai berkata.

Laporan itu juga menyebut bahawa lebih ramai pelabur mula meninggalkan pasaran kediaman selepas cukai keuntungan modal 20 peratus diperkenalkan, dengan sebahagian daripada mereka beralih kepada hartanah komersil.

Terdahulu pada Mac, State Council of China mengumumkan cukai pendapatan individu 20 peratus bagi keuntungan modal kepada mereka yang menjual rumah mereka.

Langkah itu bertujuan untuk meredakan keadaan pasaran hartanah yang "terlampau panas" di bandar-bandar utama. - BERNAMA

Artikel Lain