suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pertumbuhan Upah Pekerja Migran China Perlahan

BEIJING: Pekerja migran (pehijrah) di China memperoleh purata 2,290 yuan (RM 11,01.77) setiap bulan pada 2012, naik 241 yuan atau 11.8 peratus berbanding sebelumnya.

Bagaimanapun, kenaikan gaji bulanan tahun-atas-tahun turun 118 yuan berbanding 359 yuan ataupun pertambahan 21.2 peratus kenaikan pada 2011, demikian menurut Biro Perangkaan Negara dalam satu kenyataan pada Isnin.

Perangkaan itu turut menunjukkan jumlah pekerja migran di China meningkat 9.83 juta atau 3.9 peratus kepada 262.61 juta pada 2012, mencatatkan kejatuhan signifikan berbanding kenaikan 4.4 peratus pada 2011.

Di wilayah Ekonomi Yangtze River Delta, jumlah pekerja migran meningkat 1.9 peratus kepada 59.37 juta sementara mereka yang bekerja di wilayah Pearl River Delta naik 2.5 peratus kepada 51.99 juta.

Kaji selidik itu berdasarkan kepada hampir 200,000 pekerja migran dari lebih 7,500 perkampungan seluruh negara. - BERNAMA

Artikel Lain