suria

Separuh Rakyat Indonesia Tinggal Di Kawasan Berisiko Tanah Runtuh

JAKARTA: Lebih separuh populasi Indonesia tinggal di beberapa kawasan berisiko tanah runtuh, kata seorang pegawai pada Khamis, dengan menyatakan kaedah pertanian tradisional dikatakan punca kerosakan struktur tanah itu.

Sebahagian 124 juta rakyat Indonesia daripada kira-kira 240 juta penduduk negara itu hidup di kawasan berisiko sederhana sehingga tinggi bagi tanah runtuh,” kata pegawai Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho yang merujuk satu kajian.

“Populasi berkembang dan jumlah hujan lebih besar menjadi punca kepada perubahan iklim yang telah meningkatkan potensi kepada berlakunya tanah runtuh, tetapi kebanyakan faktor utama adalah degradasi tanah akibat aktiviti pertanian,” kata Nugroho kepada AFP.

Seramai 12 orang terbunuh dan lima masih hilang selepas musim hujan yang berterusan menyebabkan tanah runtuh di barat Jawa pada Isnin.

Kajian pada 2012 itu dibawakan oleh BNPB bahawa Agensi Statistik Pusat dan Dana Populasi Kebangsaan mendapati terdapat insiden yang berisiko bagi tanah runtuh di cerun-cerun curam, yang menjadi kawasan padat penduduk di kepulauan Jawa.

“Pelbagai industri juga membersihkan hutan-hutan untuk kilang-kilang. Dengan jangkaan peningkatan jumlah hujan, terutama pada musim tengkujuh, kami merasa akan berlaku lebih banyak kejadian tanah runtuh pada masa akan datang. Ini merupakan masalah yang serius,” kata Nugroho. - AFP

Artikel Lain