suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Gempa Bumi Sederhana Landa Mexico

MEXICO CITY: Dua gempa bumi sederhana melanda selatan Mexico, mengakibatkan pengosongan beberapa buah bangunan di ibu negara ini.

Namun, tiada kecederaan dan kematian dilaporkan dalam gempa bumi berukuran 5.5 dan gempa susulan berukuran 5.1 pada skala Richter kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan di negeri Oaxaca itu.

"Buat masa ini keadaan agak tenang ekoran gempa bumi itu. Tiada kecederaan dan amaran (pindah) telah diaktifkan manakala perkhidmatan kereta api dihentikan sebelum ia disambung semula," kata Datuk Bandar Mexico City, Miguel Angel Mancera kepada rangkaian televisyen Televisa. - AFP

Artikel Lain