suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bangkok Tidak Akan Hantar Balik Migran Rohingya

BANGKOK: Bangkok tidak akan menghantar pulang kira-kira 1,000 migran Rohingya ke Myanmar yang ditahan memasuki Thailand secara tidak sah sejak beberapa minggu lalu.

Timbalan Perdana Menteri Chalerm Yubamrung berkata sebaliknya Thailand mungkin menghantar mereka ke negara ketiga bagi mendapat bantuan kemanusiaan.

Kerajaan Thai masih mempertimbang sama ada untuk mewujudkan kem pelarian sementara untuk mereka yang kini ditahan di beberapa pusat tahanan polis di Songkhla, Narathiwat, Trang, Pattani dan Phangnga.

"Kami tidak akan menghantar mereka pulang ke Myanmar. Ia bukan idea yang baik. Cara terbaik membantu mereka ialah menghubungi negara ketiga dalam mendapatkan bantuan kemanusiaan dan pekerjaan untuk mereka," katanya.

Majlis Islam Pusat Thailand mencadangkan masjid pusat di Songkhla digunakan sebagai tempat perlindungan sementara untuk mereka. Sejumlah 949 migran Rohingya ditahan di selatan Thailand ketika cuba melalui Thailand ke Malaysia.

Masyarakat Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar bimbang sekiranya mereka dihantar pulang, mereka akan dihukum.

Mereka selalunya menggunakan Thailand sebagai tempat persinggahan sebelum datang ke Malaysia, Indonesia dan Australia untuk mendapat perlindungan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain