suria

Banjir Lumpuhkan Jakarta, Sekurang-Kurangnya Lima Maut

JAKARTA: Musim hujan yang menyebabkan banjir besar di ibu negara Indonesia mengakibatkan pemindahan sekurang-kurangnya 20,000 orang di Jakarta dan membawa kepada banyak kemusnahan lain.

Banjir itu kini melanda di sebahagian Jakarta pada musim hujan, tetapi bencana yang berlaku pada Khamis diikuti dengan ekoran hujan ribut yag teruk.

Pihak berkuasa berkata, empat orang terbunuh dalam kejadian itu di mana air memasuki kediaman, pejabat, sekolah dan menenggelami jalan-jalan di sepanjang bandar yang mempunyai 14 juta penduduk.

Musim hujan, aktiviti pembalakan di bukit di selatan bandar, perancangan yang tidak terurus dan ratusan sungai dan terusan menyebabkan banjir berlaku, sekali hus mendedahkan infrastruktur lemah walaupun ia dilaporkan mengalami pertumbuhan ekonomi yang amat baik. - AP

Artikel Lain