suria

Akhbar Britain Lancar Edisi Dalam Talian Australia

SYDNEY: Akhbar Britain iaitu Guardian akan melancarkan edisi dalam talian (online) yang baru di Australia, di mana media cetak kini berhadapan dengan cabaran perubahan landskap digital yang begitu pesat.

Ia turut berharap dapat mengembangkan capaiannya di Asia.

Guardian mengumumkan mengenai pengembangan capaian globalnya, kata timbalan pengarangnya, Katharine Viner yang akan berpindah ke negara yang dikenali sebagai ‘Down Under’ itu untuk melancarkan operasi Australia pada tahun ini.

“Kami sudah pun mempunyai sejumlah besar pembaca Australia yang memberitahu kami bahawa mereka mahu lebih banyak laporan tempatan, ulasan secara langsung dan cetusan dalam kewartawanan,” kata Viner dalam satu kenyataan.

Ketua Pengarang Berita dan Media Guardian, Alan Rusbridger berkata, edisi Australia merupakan satu langkah seterusnya yang semula jadi.

“Edisi digital Australia kami bukan hanya menawarkan laporan unik di Australia, signifikan kedua-dua negara secara serantau dan global, tetapi juga menyediakan laporan yang berterusan dan berhubung dengan semua di seluruh Asia,” katanya. - AFP

Artikel Lain