China Benar Bina Lapangan Terbang Baru Bernilai US$11.2 Bilion - Dunia | mStar

China Benar Bina Lapangan Terbang Baru Bernilai US$11.2 Bilion

BEIJING: Para pemimpin China memberi kebenaran untuk membina lapangan terbang antarabangsa yang baharu bernilai US$11.2 bilion di sini untuk mengurangkan kesesakan di kemudahan sedia ada, demikian menurut China Daily.

Ia memetik jurucakap lapangan terbang Beijing, Li Shengbo, sebagai berkata keputusan berkenaan diluluskan Majlis Negara semalam.

Menurut China Daily yang turut memetik CAAC News, akhbar bersekutu dengan pentadbiran penerbangan, bahawa lapangan terbang itu akan terletak antara daerah Daxing selatan Beijing dan wilayah Hebei.

"Pembinaan akan bermula tahun depan dan dijangka memulakan operasinya pada akhir 2018.

"Ia boleh mengendalikan 70 juta penumpang setahun menjelang 2025," katanya.

Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital disenaraikan sebagai lapangan terbang kedua tersibuk di dunia untuk tiga tahun berturut-turut selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson, Atlanta di AS.

Ia mengendalikan 81.8 juta penumpang tahun lepas, peningkatan 4.2 peratus berbanding tahun sebelumnya, katanya. -BERNAMA

Artikel Berikut

Citilink Mahu Tambah 25 Lagi Pesawat Airbus

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Zainuddin Maidin meninggal dunia

Enam lagi ahli Parlimen Umno keluar parti