suria

Citilink Mahu Tambah 25 Lagi Pesawat Airbus

JAKARTA: Citilink, syarikat kos rendah domestik dan anak syarikat penerbangan kebangsaan Garuda Indonesia, telah menempah lagi 25 pesawat Airbus SAS A320neo bernilai US$2.4 bilion bagi mengembangkan kumpulan pesawatnya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arif Wibowo berkata pesawat A320 itu adalah pilihan yang ideal bagi laluan penerbangan syarikat itu kerana ia bersaing dengan syarikat berkos rendah lain, seperti AirAsia dan Lion Air.

"Pesawat A320 memainkan peranan penting dalam kejayaan Citilink kebelakangan ini kerana kos operasi yang rendah, tempoh pulangan yang pantas dan tarikan penumpang yang kukuh, yang menjadikannya sempurna bagi operasi kami dan menjangka peningkatan kecekapan," kata Arif, yang dipetik oleh harian berbahasa Inggeris, Jakarta Glob, Selasa.

Pesawat A320neo boleh mengangkut sehingga 180 penumpang dalam satu-satu penerbangan, 15 peratus lebih cekap fu dan boleh terbang 950km lebih jauh dari pesawat sebelum ini.

Citilink kini mengendali 16 pesawat, di mana 10 daripadanya ialah pesawat Arus A320s.

Ia mengendalikan 76 penerbangan keluar dari Jakarta dan Surabaya, yang merupakan hab utamanya.

Citilink dijangka mengendalikan 200 penerbangan menjelang akhir tahun ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain