suria

82 Terbunuh Dalam Letupan Universiti Di Syria

DAMSYIK: Dua letupan menggegarkan bangunan universiti di bandar kedua terbesar di Syria mengakibatkan sekurang-kurangnya 82 maut dan ramai mengalami kecederaan parah.

Tentera rejim dan pengganas saling menyalahkan sesama mereka terhadap kejadian itu berlaku di kawasan kerajaan di utara negara berkenaan.

“Setakat ini seramai 82 maut dan lebih 160 mengalami kecederaan dalam serangan pengganas yang menjadikan pelajar sebagai sasaran pada hari pertama mereka menduduki peperiksaan di Universiti Aleppo,” kata Gabenor Mohammed Wahid Akkad.

Pemerhati Hak Asasi Syria yang berpusat di Britain melaporkan seramai 83 orang terbunuh dalam letupan berkenaan dan kira-kira 150 orang mengalami kecederaan termasuk sebahagian dikatakan kritikal. - AFP

Artikel Lain