suria

Taufan Sandy: Pantai Timur AS Lumpuh, Angka Kematian Meningkat

NEW YORK: Berjuta-juta orang masih bingung selepas dilanda angin kuat dan hujan lebat akibat Taufan Sandy besar-besaran di New York dan banyak bahagian timur Amerika Syarikat, menyebabkan mereka perlu bergelut dengan banjir dan terputus bekalan elektrik.

Taufan membunuh sekurang-kurangnya 40 orang, termasuk sekurang-kurangnya 18 di New York, dan syarikat-syarikat insurans mula berkira-kira jumlah kerugian yang dianggarkan berbilion-bilion dolar.

Sandy, yang menghempas ke darat dengan angin taufan pada Isnin berhampiran resort perjudian di New Jersey Atlantic City, adalah ribut terbesar yang pernah melanda negara ini.

Ia membanjiri bahagian sistem keretapi bawah tanah New York dan kawasan rendah Wall Street di Manhattan, serta menutup pasaran kewangan untuk hari kedua.

Premis perniagaan dan kediaman di sepanjang pantai New Jersey telah rosak dan komuniti di kawasan yang besar telah ditenggelami banjir.

Lebih 8 juta rumah dan perniagaan di beberapa negeri terputus bekalan elektrik akibat pokok yang ditumbangkan oleh angin kencang Sandy sekali gus memotong kuasa elektrik.

Di seluruh rantau ini, krew memulakan tugas monumental untuk membekalkan kembali kuasa elektrik.

Ribut melanda sehingga kawasan pedalaman sejauh Ohio dan menyebabkan beribu-ribu penerbangan dibatalkan. Berlaku juga gangguan talian telefon bimbit secara meluas.

Bahagian Barat Virginia telah tenggelam di bawah 3 kaki (1 meter) yang mana ribut turut menghanyutkan salji.

Beberapa bandar di Pantai Timur seperti Washington, Philadelphia dan Boston telah terlepas daripada mengalami kesan terburuk akibat Sandy dan dijangka bersedia kembali normal pada Rabu.

Tetapi New York, bahagian yang besar di New Jersey dan beberapa kawasan lain akan memerlukan sekurang-kurangnya beberapa hari untuk air surut.

"Kemusnahan ini tidak pernah terfikir," Gabenor New Jersey Gabenor Chris Christie berkata selepas melihat gambar-gambar pantai New Jersey.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain