suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Virgin Australia Ambil Alih Kepentingan Dalam Tiger Airways

MELBOURNE: Virgin Australia telah membeli kepentingan 60 peratus di dalam syarikat penerbangan kos rendah Tiger Airways Australia pada harga A$35 juta.

Urus niaga itu akan membolehkan Tiger mengembangkan kapasitinya di Australia dan membuat tawaran lebih menarik kepada para pelanggannya, kata Tiger dalam satu kenyataan.

Tiger dan Virgin berkata kedua-dua syarikat itu akan membelanjakan sehingga A$62.5 juta bagi Tiger Australia meningkatkan jumlah pesawatnya dari 11 sekarang ini kepada 35 menjelang 2018.

Tiger akan terus menggunakan jenama Tiger bagi sekurang-kurangnya selama 20 tahun lagi.

Ketua Eksekutif Tiger Airways Koay Peng Yen berkata urus niaga dengan Virgin mencatatkan satu langkah signifikan bagi syarikat itu kerana ia akan mengukuhkan dan menjadikan Tiger Australia lebih kompetitif.

Ketua Eksekutif Virgin John Borghetti berkata urus niaga itu akan memberikan syarikat penerbangannya akses lebih meluas ke dalam pasaran bajet. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain