Taufan Sandy: New York Isytihar Darurat - Dunia | mStar

Taufan Sandy: New York Isytihar Darurat

NEW YORK: Gabenor New York mengisytiharkan darurat menjelang ketibaan Taufan Sandy yang kini sedang menghala ke pantai timur Amerika Syarikat dari kepulauan Caribbean.

“Ketika kami sedang bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan menjelang Taufan Sandy ke New York, saya menggerakkan semua jentera untuk menangani sebarang kesan daripada taufan kuat ini.

“Kami kini sedang bekerjasama erat dengan agensi Persekutuan dan negeri untuk memantai perkembangan mengenai taufan ini dan mengerahkan pelan bersepadu untuk menanganinya," kata Gobernor Andrew Cuomo.

Taufan itu kini sedang menghala ke tanah besar di pantai timur Amerika selepas membadai pantai Caribbean dan Bahamas.

Mengikut ramalan, apabila tiba di kawasan padat penduduk di New York, taufan ini dijangka mengurangkan kekuatannya menjadi ribut petir tempatan serta hujan lebat bermula Isnin atau Selasa.

Keadaan itu dijangka menyebabkan kesesakan di lapangan terbang JFK, LaGuardia dan Newark serta perpindahan penduduk padat di kawasan rendah seperti berlaku ketika Taufan Irene pada 2011.

Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg berkata, penduduk di kawasan sepanjang pantai akan dipindahkan serta menutup rangkaian kereta api dan bas sekiranya perlu.

“Ia adalah taufan yang amat merbahaya. Anda perlu memberi perhatian mengenainya seperti disiarkan media dari semasa ke semasa," kata Bloomberg dalam sidang akhbar secara langsung di stesen televisyen. AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

6 pemimpin parti menghadap Agong

Anwar dijangka menghadap Agong Isnin