suria

30 Maut Taliban Serang Bazar Di Utara Afghanistan

KABUL: Seorang komander kanan Taliban dan 24 lagi anggota pejuangnya terbunuh selepas bertempur dengan tentera Afghanistan di sebuah bazar di perkampungan utara.

Turut terbunuh ialah lima anggota polis.

Komander yang terbunuh itu adalah bakal gabenor di Wilayah Faryab di utara Afghanistan apabila berlaku pertempuran sengit kedua-dua pihak.

"Pejuang Taliban menyerang bazar di kampung berkenaan dengan lima anggota polis maut," kata Timbalan Gabenor Faryab, Abdul Satar Barez.

Beliau berkata, selepas menerima laporan mengenai serangan itu, pasukan keselamtan dikerah dan pertempuran menyebabkan 25 pejuang Taliban maut, termasuk Mullah Yaar Mohammad yang dikatakan bakal dilantik sebagai Gebenor Faryab. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain