suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Kuat Gegar Costa Rica

SAN JOSE: Satu gempa bumi kuat 6.5 magnitud melanda Costa Rica pada Selasa, lapor ahli seismologi Amerika Syarikat, tetapi tiada ancaman tsunami dan tiada mangsa atau kerosakan.

Pusat gempa yang melanda pada 6:45 (0045 GMT), terletak di 136 kilometer (85 batu) barat San Jose, tetapi hanya 13 kilometer dari bandar Hojancha, US Geological Survey katanya.

Penduduk di semua bahagian Amerika Tengah memberitahu stesen televisyen dan radio bahawa mereka merasakan gempa bumi itu berlaku dengan sangat kuat.

Ahli seismologi tempatan mengukur gempa tersebut pada 6.2 pada skala Richter. Ia melanda pada kedalaman 20 kilometer.

"Kami tidak mempunyai laporan kerosakan ketara," kata Vanessa Rosales

Suruhanjaya Kecemasan Kebangsaan, menggesa penduduk agar bertenang.

Omar Chavarria, seorang pegawai di bandar Nicoya yang terletak 15 kilometer dari pusat itu, melaporkan keadaan masih terkawal di beberapa kawasan daerah itu.

"Beberapa tingkap dipecahkan tetapi keadaan adalah di bawah kawalan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain