suria

Emirates Disaman RM31.42 Juta Kes Kartel Di Australia

SYDNEY: Syarikat penerbangan Dubai iaitu Emirates bersetuju untuk membayar saman berjumlah AUS$10 juta (RM31.42 juta) bagi menyelesaikan kes yang dibawa oleh penguatkuasa Australia yang mendakwanya mengubahkan surcaj untuk bahan api dan kos lain.

Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia (ACCC) memulakan prosiding terhadap syarikat penerbangan itu pada 2009, yang mendakwa ia merupakan sebahagian kartel dalam pasaran pengangkutan udara.

Emirates merupakan syarikat penerbangan ke-10 untuk menyelesaikannya, dengan kes-kes terhadap Singapore Airlines, Cathay Pacific, Air New Zealand dan Thai Airways yang akan diperdengarkan pada bulan ini.

“Penyelesaian dengan Emirates membawa penalti yang diperintahkan di Australia terhadap syarikat penerbangan antarabangsa yang terlibat dalam kartel untuk AUS$68 juta (RM213.6 juta),” kata Pengerusi ACCC, Rod Sims dalam satu kenyataan.

“Keputusan ini memberi mesej bahawa ACCC dan mahkamah Australia tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana perniagaan tanpa mengira saiz atau negara asal – yang terlibat dengan aktiviti kartel yang boleh menjejaskan persaingan di Australia.

“Aktiviti kartel adalah haram dan sering mengakibatkan kenaikan harga kepada para pengguna.”

Emirates mengaku bersalah bahawa ia telah mencapai persefahaman yang menyalahi undang-undang dengan syarikat penerbangan berhubung surcaj dan caj kastam untuk pengangkutan udara dari Indonesia ke Australia dan mana-mana destinasi antara Oktober 2001 dan Mei 2006. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain