suria

Marin Mexico Bakar 119 Tan Pokok Ganja

MEXICO CITY: Setiausaha Marin Mexico berkata, pihaknya membakar 119 metrik tan pokok ganja yang dirampas di wilayah barat Michoacan.

Cawangan tentera dalam kenyataan berkata, pokok berkenaan ditemui di beberapa ladang sekitar bandar Coalcoman, barat daya Michoacan.

Katanya, operasi dilancarkan bagi merampas dan membakar dadah itu mengambil masa enam hari.

Bagaimanapun tiada maklumat mengenai pemilik tanaman pokok ganja terbabit. AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain