suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AS Tarik Balik Larangan Kemasukan Kapal Tentera New Zealand

AUCKLAND: Amerika Syarikat (AS) menarik balik larangan yang menyekat kemasukan kapal tentera laut New Zealand ke pelabuhan negara itu sejak 1980.

Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta berkata, tindakan itu menunjukkan petanda positif era baru dalam hubungan antara kedua-dua negara.

Perubahan polisi itu yang merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuhkan hubungan keselamatan akan memberi kuasa kepada Setiausaha Pertahanan AS untuk membenarkan kunjungan individu ke Jabatan Pertahanan di negara tersebut.

"Kita akan dapat melihat kapal-kapal dari New Zealand berlabuh di pelabuhan negara ini dalam masa terdekat," katanya.

Sementara itu, Ketua Pentagon, Jonathan Coleman mengumumkan bahawa sekatan berhubung mesyuarat di antara pegawai pertahanan dan latihan ketenteraan turut dibatalkan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

5 Terkorban Ribut di Amerika Selatan

Artikel Lain