suria

5 Terkorban Ribut di Amerika Selatan

ASUNCION: Ribut kuat dengan kelajuan 140 kilometer sejam merentasi Amerika Selatan, membunuh lima orang di Paraguay dan turut mengakibatkan kerosakan teruk di Argentina dan Uruguay.

Pinggir bandar Roque Alonso di sini dilaporkan dilanda ribut dan menyebabkan keseluruhan bandar berkenaan lumpuh.

Akibat bencana itu, empat kadet polis maut manakala 15 lagi parah apabila bumbung asrama mereka runtuh. Dalam kejadian berasingan, seorang budak berusia 16 tahun turut terkorban di sebuah pusat membeli-belah di sini apabila dihempap tangki air.

"Bandar Roque Alonso perlu dibina semula," kata komander polis Heriberto Marmol. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain