suria

25 Terbunuh, Berpuluh Cedera Dalam Rusuhan Penjara Venezuela

Pandangan dari luar beberapa blok penjara Yare di Estado Miranda, Venezuela di mana berlakunya rusuhan sehingga mengakibatkan 25 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera. Foto EPA

CARACAS, Venezuela: Seramai 25 orang terbunuh dalam satu rusuhan di penjara dan berpuluh-puluh lagi cedera apabila dua kumpulan banduan melancarkan serangan bersenjata dalam penjara ketika beratus-ratus keluarga mereka sedang mengadakan lawatan.

Menteri penjara kerajaan Venezuela, Iris Varela berkata, keganasan yang meletus di Penjara Yare di selatan Caracas pada Ahad, dan sekurang-kurangnya salah seorang daripada mereka yang terbunuh adalah keluarga banduan.

Ia merupakan insiden pertumpahan berdarah yang terbaru dan paling dahsyat melanda di penjara lebih muatan di Venezuela dan menjadi masalah besar kepada kerajaan yang di bawah pimpinan Presiden Hugo Chavez.

Varela memberitahu stesen televisyen pada tengah hari Isnin bahawa setakat ini, identi 17 daripada 25 yang terbunuh telah dikenali pasti.

Beliau berkata, sebahagian daripada mereka ditembak di kepala.

Seramai 43 orang dicederakan, termasuk 29 banduan dan 14 ahli keluarga yang datang melawat, kata Valera.

Beliau berkata, kira-kira 980 wanita berada di penjara itu untuk melawat banduan dan mereka masih berada di dalamnya ketika serangan berlaku. - AP

Artikel Lain