suria

Wanita Ditemui Mati Di Rumah Bersama 31 Kucing

MESA, Arizona: Seorang wanita ditemui mati di kediamannya di pinggir Phoenix di mana dia tinggal bersama 31 ekor kucing.

Para pegawai sheriff daerah Maricopa terpaksa menggunakan kelengkapan pernafasan untuk memasuki rumah berkenaan di Mesa.

Mereka diminta untuk memeriksa wanita itu, Maria Elena Cimino yang berusia 64 tahun.

Tidak dipastikan berapa lama Cimino meninggal dunia, tetapi pihak berkuasa berkata, wanita itu mati disebabkan keadaan biasa.

Pejabat pegawai sheriff berkata, wanita itu seorang yang berahsia dan rumahnya sangat daif.

Pejabat sheriff dan persatuan kemanusiaan berusaha untuk menyelamatkan 31 kucing dan anak kucing sebanyak mungkin dan memutuskan untuk memeliharanya.

Pihak berkuasa berkata, ramai yang didapati jangkitan pada sistem pernafasan dan konjuktivis. - AP

Artikel Lain