suria

72 Diselamatkan Daripada Kapal Layar Persiaran Dimasuki Air

ANCHORAGE, Alaska: Pengawal Pantai berkata, pihaknya telah menyelamatkan seramai 72 orang yang menaiki sebuah kapal layar persiaran yang mula dimasuki air di Teluk Glasier Alaska selepas dilaporkan melanggar sebuah batu.

Jurucakapnya, David Mosley berkata, dilaporkan terdapat kecederaan ringan dalam insiden di kapal Baranof Wind pada Ahad.

Beliau berkata, air memenuhi kawasan kapal tetapi tiada pencemaran dilaporkan.

Menurut Pengawal Pantai, 70 orang dipindahkan ke kapal persiaran Volendam, yang dijangka membawa semua penumpang ke Bartlett Cover.

Dari sana, sebuah kapal layar lain akan membawa mereka ke Juneau.

Dua yang lain menaiki bot Perkhidmatan Taman Negara dan empat anggota kru berada di kapal Baranof Wind. - AP

Artikel Lain