suria

Wartawan Jepun Terbunuh Sewaktu Buat Liputan Perang Syria

Mika Yamammoto. Foto REUTERS
Mika Yamammoto. Foto REUTERS
Mika Yamammoto. Foto REUTERS

TOKYO: Seorang wartawan warga Jepun terbunuh di Syria sewaktu membuat liputan mengenai perang saudara di sana, kata Kerajaan Jepun pada Selasa.

Mika Yamammoto, seorang wartawan veteran perang yang berkhidmat dengan The Japan press, sebuah penyedia berita TV bebas yang khusus membuat liputan di zon konflik, terbunuh di barat laut bandar Aleppo, kata Masaru Sato, seorang jurucakap Kementerian Luar di Tokyo.

Sato berkata, wanita berusia 45 tahun itu terkena tembakan sewaktu beliau dan seorang rakan sekerja sedang berjalan dengan tentera pemberontak bebas Syria, yang cuba untuk menjatuhkan rejim Presiden Bashar Assad.

Sebuah video yang disiarkan di YouTube pada Isnin oleh seorang aktivis di Syria menunjukkan seorang wanita Asia di dalam sebuah van, dengan beliau ditutupi dengan selimut yang hanya mendedahkan wajahnya.

Seorang wartawan Associated Press yang pernah bertugas bersama Yamamoto yang melihat video tersebut mengesahkan identiti beliau.

Menurut laman web Japan Press, Yamamoto pernah membuat liputan mengenai perang yang berlaku di Afghanistan selepas 2001 dan pencerobohan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iraq dari Baghdad pada 2003 sebagai wartawan khas untuk TV. - AP

Artikel Lain