suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam Terbunuh Dalam Taufan Kai-Tak Di Vietnam

HANOI: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh, beribu-ribu lagi kehilangan tempay tinggal manakala ladang pula musnah ditenggelami air apabila taufan Kai-Tak melanda utara Vietnam, kata pihak berkuasa pada Ahad.

Ribut yang melanda sejak lewat Jumaat mengakibatkan angin kuat dan hujan lebat di beberapa kawasan yang mempunyai penduduk termasuk sebahagian ibu negara Hanoi.

Lima orang dibawa oleh arus banjir manakala seorang wanita lagi meninggal dunia apabila tertimbus oleh runtuhan tanah di rumahnya ketika dia sedang tidur.

Seorang pemandu teksi terbunuh apabila dihempap oleh sebatang pokok yang tumbang manakala dua lagi terkena renjatan dari kabel elektrik yang putus.

Hampir 12,000 rumah musnah dan kawasan tanaman seluar 23,000 hektar ditenggelami air.

Kira-kira 200 pokok besar tumbang di Hanoi dan sebahagian daripada bandar itu masih mengalami banjir pada awal Ahad.

Kerajaan Vietnam mengarahkan 20,000 tentera bertugas menggunakan helikopyer, bot penyelaman dan perahu bagi bersedia untuk operasi menyelamat.

Terdahulu, ribut itu membunuh empat orang di Filipina dan kini melandar ke Vietnam dengan angin sekuat 100 kilometer sejam. - AFP

Artikel Lain