suria

Tujuh Maut Serangan di Kuil Sikh di Wisconsin

OAK CREEK (Wisconsin): Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan terhadap penganut agama Sikh di sebuah kuil di barat Amerika Syarikat menyebabkan sekurang-kurangnya enam maut sebelum polis menembak mati penyerang terbabit.

Komander polis di Oak Creek, berdekatan Milwaukee di Wisconsin, berkata beliau dan ejen persekutuan berada di tempatan kejadian apabila suspek bertindak sebagai 'pengganas domestik' namun motif kejadian belum diketahui.

Serangan itu adalah kali kedua membabitkan banyak nyawa di Amerika Syarikat dalam masa tiga minggu dan ia memberi tekanan kepada Presiden Barack Obama dan penentangnya, Mitt Romney bagi menangani isu kawalan senjata api sebelum pemilihan presiden 6 November ini.

Ketua Polis Oak Creek, John Edwards memberitahu pemberita, pegawainya bergegas ke kuil berkenaan selepas mendapat panggilan kecemasan 911.

Beliau berkata, seseorang didapati melepaskan beberapa tembakan sebelum anggota polis terbabit menembak mati lelaki berkenaan.

Suspek berkenaan mati bersama enam lagi yang ditembak oleh lelaki berkenaan berdekatan kuil itu.

Japal Singh, 29, yang menyaksikan kejadian itu berkata, beberapa penganut yang berkumpul di kuil itu masih lagi keliru dengan kejadian berkenaan.

Seorang lelaki dikatakan menghantar ayahnya di kuil berkenaan yang dikenali sebagai "gurudwara" berkata, beliau melihat penembak berkenaan yang berpakaian putih dengan turban di kepala, membunuh dua orang di tempat letak kereta.

“Kemudian lelaki berkenaan menuju masuk ke kuil dan memasuki sebuah yang menempatkan kitab suci dan menembak tiga lagi," katanya. - AFP

Artikel Lain