suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam Maut, 10 Cedera Pasar Awam Di Taez Meletup

TAEZ: Seorang lelaki nekad meletupkan bom tangan di dalam sebuah pasar sibuk di bandar kedua terbesar Yaman, Taez, membunuh sekurang-kurangnya enam orang awam.

Manakala lebih dari satu nyawa terkorban susulan letupan yang berlaku di bandar Sanaa, lapor pegawai tempatan.

Pegawai di pejabat gabenor Taez berkata, seramai 10 orang cedera dalam serangan itu apabila pasar berkenaan kembali beroperasi selepas umat Islam berbuka puasa.

"Seorang lelaki yang sedang menaiki motosikal melontar bom tangan, membunuh enam orang dan mencederakan 10 yang lain," katanya.

Motif serangan itu bagaimanapun masih disiasat.

Sementara itu, penduduk tempatan dan doktor mengesahkan, seorang penduduk tempatan terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam letupan di selatan Sanaa apabila bahan letupan yang diletakkan berhampiran sebuah kafe siber meletup.

Artikel Lain