suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Cuba Pecah Masuk Penjara Ohio Dipenjara

HAMILTON, Ohio: Polis di selatan Ohio hairan kenapa seorang wanita cuba untuk memecah masuk ke penjara di wilayah itu sebelum memberitahu pihak berkuasa untuk memenjarakannya.

Tiffany R. Hurd yang berusia 36 tahun telah ditahan pada pagi Ahad selepas dia cuba untuk memanjat masuk ke Penjara Wilayah Butler di Hamilton, dekat Cincinnati.

Kejadian berlaku selepas kakitangan penjara yang pulang dari waktu kerja lewat malam mengarahkan Hurd untuk menjauhi kawasan itu, tetapi dia memberitahu mereka supaya menahannya.

“Dia beberapa kali berkata untuk berhenti,” kata Sarjan Monte Mayer.

Hurd beberapa kali diminta untuk meninggalkan kawasan itu tetapi dia enggan dan cuba untuk memanjat pagar penjara semula.

Kemudiannya polis mengambil tindakan dengan menahannya.

“Hasratnya (masuk penjara) dipenuhi,” kata Mayer.

Mayer berkata, belum pernah lagi berlaku kejadian seumpama itu.

“Setakat yang kami tahu, kami tidak pernah mendengar seseorang yang cuba memecah masuk ke kawasan yang terkawal di penjara, dengan harapan untuk dipenjara.

“Ini yang pertama,” kata beliau. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain